Senin, 19 November 2007

Dibalik kejayaan ESQ Way 165 yang penuh dengan fenomena, tentulah berdiri seorang tokoh yang inovatif dan kreatif. Tokoh pencetus idea sekaligus menjadi penggasas ESQ Leadership Center adalah Ary Ginanjar Agustian.

Lulusan Universitas Udayana Bali dan Tafe College di Adelaide, Australia, Ary Ginanjar telah berkecimpung di dunia pendidikan dan profesional selama lebih daripada 15 tahun. Hasil daripada penelitian dan kajian yang mendalam, beliau telah menerbitkan beberapa karya beliau sendiri berkenaan ESQ yaitu "Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual" dan 'Rahasia Sukses Membangkitkan ESQ Power'.

Ary Ginanjar kemudian mendirikan ESQ Leadership Center, yang merupakan lembaga training kepemimpinan berasaskan kedua-dua buah buku tersebut. Sasaran ESQ untuk membangunkan mental melalui kecerdasan emosi dan intelektual tetapi tetap berorientasikan spiritual telah diakui ramai sebagai suatu kaedah yang jitu dan berkesan. Kejayaan di dalam penulisan dan latihan telah membuat Ary Ginanjar terpilih sebagai salah seorang daripada 'The Most Powerful People and Ideas in Business 2004' oleh Majalah Swasembada. Beliau juga terpilih sebagai 'Tokoh Perubahan 2005' oleh Surat Kabar Harian Republika. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengurus Dewan Pakar ICMI bagi sessi 2005–2010.

Saat ini, Ary Ginanjar Agustian merupakan Presiden Direktur PT. Arga Bangun Bangsa dan Ketua Umum Forum Komunikasi Alumni ESQ.




"Training ESQ adalah sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang..."

Inilah kesimpulan para peserta sejak Training ESQ bermula pada tahun 2001 sehingga kini. Ini adalah kerana ESQ memang berbeda dari latihan yang lain. ESQ bukanlah sekadar latihan kepimpinan atau pengurusan tetapi Training ESQ adalah merupakan pelopor di dalam dunia bagi latihan yang menyentuh aspek spiritual dan emosional seseorang secara mendalam. ESQ adalah merupakan suatu inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada yaitu Intellectual Quotient (Kecerdasan Intelektual) dan Emotional Quotient (Kecerdasan Emosional).

ESQ bertujuan untuk melahirkan manusia yang unggul dari sudut emosi dan spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian. Membentuk manusia unggul bukanlah suatu perkara yang mudah malah memerlukan suatu proses yang sistematik dan berkesinambungan selain komitmen yang tinggi pada diri seseorang. Sehubungan dengan ini, ESQ merupakan latihan yang berterusan tanpa henti dan memperkenalkan konsep "Pelatihan seumur hidup". Konsep ini bermaksud jika anda telah hadir Training ESQ, anda layak untuk hadir ke Training ESQ seterusnya di mana saja dan kapan saja secara GRATIS. Inilah salah satu keistimewaan yang bakal anda peroleh pada Training ESQ selain konsep ESQ itu sendiri yang cemerlang yang akan membawa kepada cahaya dan harapan baru bagi kehidupan anda.

ESQ akan memandu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan keperibadian berdasarkan ESQ Way 165. Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang Ihsan pada God Spot, 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.

Walaupun ESQ berasaskan agama Islam, ini tidak bererti ESQ hanya ditujukan secara eksklusif untuk individu Islam saja. ESQ adalah untuk semua tanpa melihat agama atau bangsa. ESQ untuk siapa saja yang berkeinginan membentuk keperibadian yang unggul dan bertanggungjawab.

Rahsia kejayaan Training ESQ bermula dari sebuah buku hasil karangan Ary Ginanjar Agustian yang berjudul 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman' pada tahun 2001. Buku ini menjadi tumpuan dan perhatian para pecinta ilmu sehingga buku ini mencapai Penjualan buku terlaris "best seller". Melihat sambutan yang diberikan oleh para pembaca, buku kedua yang diberi judul 'ESQ Power' diterbitkan. Buku kedua ini lebih menajamkan pemahaman ke dalam diri berasaskan Ihsan. Untuk menyempurnakan keseluruhan idea ESQ, maka terbitlah buku yang ketiga yang merupakan pembaharuan pada buku yang pertama yang berjudul 'ESQ: Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual' yang juga telah mencapai Penjualan Buku terlaris "best seller". Keseluruhan kandungan buku ini merupakan proses pembelajaran dan pengalaman Ary Ginanjar selama 10 tahun.

Sejak buku pertama diterbitkan sehingga kini, ribuan sesi Training ESQ telah diadakan di Indonesia maupun di negara-negara yang lain seperti di Malaysia, Singapura, Brunei, Holland dan Eropah. Sehingga Nopember 2007, lebih daripada 373,000 orang telah mengikuti Training ESQ ini yang terdiri dari berbagai golongan agama, bangsa dan latar belakang yang berbeda.